Layari Perpustakaan

Semua bahan di sini dibuka terus dalam pelayar, di telefon, tablet atau komputer, tanpa perlu memasang aplikasi. Sebahagiannya percuma untuk dicuba sebelum anda membuat keputusan.

Tapis mengikut bahasa, jenis bahan dan peringkat umur untuk mencari bahan yang sepadan dengan anak anda. Setiap buku memaparkan butiran yang diperlukan oleh Buku Rekod Bacaan NILAM, termasuk penulis, penerbit, tahun terbitan dan bilangan muka surat.

Apakah program NILAM? NILAM (Nadi Ilmu Amalan Membaca) ialah program galakan membaca Kementerian Pendidikan Malaysia. Murid membaca buku dan merekodkan setiap tajuk beserta rumusan ringkas dalam rekod bacaan mereka.

Bolehkah bahan di sini digunakan untuk rekod NILAM? Boleh. Setiap halaman buku memaparkan tajuk, penulis, penerbit, tahun terbitan dan bilangan muka surat, serta butang salin supaya butiran itu boleh terus ditampal ke dalam borang rekod bacaan.

Adakah semua bahan berbayar? Ada bahan percuma yang boleh dibaca tanpa akaun. Selebihnya dibuka dengan pakej bayaran sekali sahaja, tanpa langganan bulanan.